Thursday 7 March 2013

Lanjutan:: Sistem Pembiakan


SISTEM PEMBIAKAN WANITA

Sistem pembiakan wanita berfungsi untuk menghasilkan ovum dan menyediakan tempat untuk perkembangan fetus.

Fungsi setiap bahagian:


    Faraj (Vagina)
    Struktur Faraj

    • Faraj merupakan bahagian rongga berotot .
    • Berfungsi untuk menerima tusukan zakar lelaki.
    • Faraj terbahagi kepada dua iaitu bahagian luar dan bahagian dalam.

    ilustrasi bahagian luar faraj

    • Bahagian luar faraj terdiri daripada labia majora,labia minora dan biji kelentit(klitoris)


    • Bahagian labia majora, labia minora biasanya akan dibuang jika wanita itu dikhatankan.
    • klitoris merupakan bahagian yang sensitif terhadap sentuhan dan memberikan nikmat kepada wanita jika bergesel dengan batang zakar semasa hubungan seks.


    • Bahagian dalam faraj merupakan satu rongga berotot yang berbentuk silinder. Disebabkan keadaannya yang berotot ia dapat menerima berbagai saiz zakar lelaki tanpa sebarang masalah.Di bahagian hadapan faraj terdapat satu selaput yang dikenali sebagai selaput dara.
    Fasa-fasa yang berlaku pada faraj ketika hubungan seks berlangsung;
    1)Rongga Faraj akan terbuka dan lendir akan dikeluarkan oleh faraj untuk memudahkan  tusukan zakar.

    2)Uterus akan mula menegak  dan bahagian hujung dalam faraj akan mengembang mengikut saiz zakar yang memasukinya

    3)Otot-otot di bahagian hadapan rongga faraj akan mengecut secara beritma  dan ini akan memberikan kemutan pada zakar.

    4) Selepas hubungan seks,rongga faraj mengecut supaya sperma yang dipancutkan zakar tidak tertumpah keluar dan uterus kembali ke kedudukan asal.



    Serviks.
    ilustrasi bahagian serviks

    • merupakan satu bukaan berbentuk cincin silinder ataupun kon yang berada di hujung uterus dan terjulur melintasi bahagian anterior atasan bagi dinding faraj.
    • dikenali juga sebagai pangkal rahim.
    • air mani yang mengandungi sperma akan memasuki lubang yang terdapat pada hujung serviks. Disebabkan itulah,lelaki perlu memancutkan sperma dengan cara tembakan kerana tekanan yang tinggi diperlukan oleh sperma untuk memasuki rongga serviks.

    Ovari
    • Merupakan tempat penghasilan ovum.
    • Biasanya wanita mempunya 2 biji ovari di sebelah kanan dan kiri badan.
    • Wanita boleh menghasilkan ovum dengan hanya satu ovari.


    Uterus
    • Fungsi utamanya ialah untuk menerima ovum tersenyawa yang akan melekat padanya.
    • Ketika datang bulan, permukaan dinding uterus akan tertanggal sebagai darah haid.

    No comments:

    Post a Comment