Pembiakan adalah proses penghasilan individu baru yang dikenali sebagai progeni atau zuriat. Proses ini penting bagi kesinambungan spesies.Pembiakan terbahagi kepada dua, iaitu pembiakan aseks dan pembiakan seks.
PEMBIAKAN ASEKS
Proses menghasilkan zuriat baru tanpa kehadiran gamet atau sel pembiakan
Hanya perlukan 1 induk
Boleh berkembang biak melalui belahan dedua, pertunasan, pembentukan spora, pembiakan vegetatif atau penjanaan semula
Zuriat menyerupai induk secara mutlak
Memerlukan masa yang pendek
Contoh : Paramesium dan Amoeba
PEMBIAKAN SEKS
Proses menghasilkan zuriat baru melalui percantuman gamet jantan dan betina
Memerlukan dua induk : jantan dan betina
Proses melibatkan persenyawaan, perkembangan dan kelahiran
Zuriat mempunyai sifat yang berbeza daripada induk
Memerlukan masa yang panjang
Contoh : Burung dan Ikan
No comments:
Post a Comment