Thursday 7 March 2013

Sistem Pembiakan

PEMBIAKAN SEKS


ciri-ciri:

  • Melibatkan 2 induk iaitu jantan dan betina
  • melalui proses percantuman gamet
  • berlaku pada organisma peringkat tinggi seperti  manusia, burung,mamalia,ikan,reptilia,amfibia,serangga dan sesetengah tumbuhan berbunga.
  • kelebihannya ialah menghasilkan individu baru daripada gabungan genetik yang berbeza.Ini menghasilkan variasi yang berbeza.

Sistem Pembiakan Lelaki

Sistem pembiakan lelaki berfungsi untuk menghasil,menyimpan,dan menyalurkan sperma keluar badan.
Fungsi setiap bahagian:


Struktur zakar



Testis (testicle)

imej testis

  • Setiap lelaki mempunyai sepasang testis
  • Testis berfungsi untuk menghasilkan sperma dan hormon testosterone(hormon kelakian)
  • testis berbentuk bujur dan mula menghasilkan sperma apabila lelaki baligh
  • Lelaki mampu menghasilkan sperma jika diameter testis ialah 2cm.
Skrotum
skrotum

  • Merupakan satu kantung yang melindungi testis.
  • Berfungsi untuk mengawal suhu testis kerana sperma memerlukan suhu yang lebih rendah daripada suhu badan manusia untuk dihasilkan.
  • Skrotum akan menggeleber untuk menjauhkan testis dari badan jika cuaca panas dan apabila cuaca sejuk testis akan menggerutu untuk mendekatkan testis dari badan.
Zakar (penis)
Ilustrasi 3d Bahagian-bahagian pada  zakar

  • Zakar merupakan organ berotot yang berfungsi menghantar sperma ke dalam faraj.
  • Zakar terdiri daripada batang(shaft),frenulum,takuk(sulcus),kepala(glans), lubang kencing(urinary meatus) dan kulup(foreskin)

  • Jika lelaki tidak berkhatan, kepala zakar akan dilindungi oleh satu bahagian kulit yang dipanggil kulup. Semasa hubungan seks, bahagian kulup ini akan tertarik ke belakang  disebabkan batang zakar dan kepala zakar semakin memanjang dan membesar seperti ilustrasi di bawah.

Situasi pada zakar yang tidak berkhatan ketika ereksi

  • Semasa lelaki terangsang, darah akan mula memenuhi otot-otot zakar dan ini akan menyebabkan zakar akan menegak kedepan,mengeras,memanjang,dan membesar 2x daripada saiz asal.Fenomena ini dikenali sebagai ereksi. Zakar perlu ereksi untuk membolehkannya ditusuk kedalam faraj. Mengikut kajian secara umumnya, panjang zakar ketika ereksi ialah 6 inchi.

Gambaran Proses Ereksi


  • Semasa hubungan seks, zakar akan ditarik dan ditusuk secara berulang kali didalam lubang faraj.

Duktus Sperma (sperm duct/Vas deferens)


Kedudukan Vesikel semen

  • satu salur yang menghubungkan testis dan vesikel semen.
  • berfungsi untuk menyalurkan sperma dari testis ke vesikel simen semasa hubungan seks berlangsung.
Vesikel semen (Seminal vesikel)
Ilustrasi kedudukan Vesikel semen

    • berfungsi menghasilkan cecair semen atau air mazi.Cecair semen ialah cecair yang bersifat berlendir (mukus) dan kaya dengan glukosa.
    • Sperma yang memasuki vesikel semen akan  bercampur dengan cecair semen.
    • Sperma yang telah bercampur tadi akan disimpan sementara waktu di vesikel semen semasa hubungan seks berlangsung.
    • Ketika lelaki mencapai kemuncak syahwatnya atau klimaks, otot di sekeliling vesikel semen akan mengecut secara beritma menyebabkan tekanan di dalam vesikel semen akan meningkat. Keadaan ini menyebabkan sperma ditolak keluar melalui ejaculatory duct dan seterusnya ke uretra.

    Uretra(Urethra)
    • Sperma yang telah bercampur tadi atau air mani seterusnya akan melalui salur uretra untuk dipancutkan secara tembakan keluar melalui zakar.
    • Sperma perlu dipancutkan sebegitu supaya dapat memasuki dan memenuhi bahagian serviks,uterus dan  tiub fallopio pada wanita.
    • Proses pemancutan ini dipanggil ejakulasi (ejaculation). Ketika ejakulasi berlaku lelaki akan berasa nikmat yang tidak terhingga.
    Pergerakan Sperma

    • Selain daripada memancutkan sperma uretra juga berfungsi untuk mengeluarkan air kencing daripada pundi kencing.
    • secara ringkasnya proses yang berlaku seperti gambarajah di bawah;

    2 comments: