Thursday 7 March 2013

Pengenalan Bab 4

PENGENALAN.
  1. Pembiakan merupakan satu ciri am bagi semua benda hidup.
  2. Pembiakan ialah proses penghasilan individu baru yang sifatnya menyerupai induk.
  3. Ia merupakan proses menyambung zuriat agar sesuatu spesis tidak pupus.
  4. terdapat 2 jenis pembiakan iaitu aseks dan seks.
PEMBIAKAN ASEKS

Ciri-ciri
  1. melibatkan 1 induk
  2. tiada penghasilan gamet dan proses persenyawaan
  3. anak serupa induknya
  4. berlaku pada organisma peringkat rendah
  5. penghasilan individu baru yang banyak tanpa bantuan individu lain
Jenis pembiakan Aseks

Belahan dedua
Belahan dedua pada ameoba

  • berlaku pada  Ameba,paramesium,dan bakteria.
  • induk yang matang membahagi dua membentuk organisma baru.




Pembentukan Spora
Kulat pada roti
  • berlaku pada tumbuhan  seperti kulat,lumut,dan paku pakis 
  • spora terbentuk melalui pembahagian sel secara berulang
  • spora berada dalam sporagium dan dibebaskan bila matang.
Pertunasan
pertunasan pada yis

  • Yis dan hidra membiak secara ini.
  • pertunasan berlaku apabila induk mengeluarkan unjuran atau mata tunas yang akan berkembang dan tertanggal untuk menjadi organisma baru.
Pembiakan Vegetatif
Pokok setawar

  • Pembiakan ini dilakukan oleh ubi kentang,halia,dan pokok setawar.
  • Organisma baru akan terbentuk daripada bahagian vegetatif tertentu pada induknya.
Penjanaan Semula
Cacing Pipih

  • organisma yang membiak dengan cara ini ialah cacing pipih
  • Organisma baru boleh berkembang daripada sebahagian keratan badan induknya.

No comments:

Post a Comment